Indonesia Menyekat Akses Facebook, WhatsApp Dan Instagram Bagi Menentang Penularan Berita Palsu

Kerajaan Indonesia sebentar tadi menghalang akses kepada perkhidmatan media sosial popular Facebook. WhatsApp dan Instagram bagi menghalang penularan berita-berita palsu. Langkah drastik ini diambil kerana rusuhan berlaku di Jakarta selepas keputusan pilihanraya presiden memihak kepada Joko Widodo.

Presiden Widodo menang tipis ke atas Prabowo Subian. Ribuan pengikut Prabowo berkumpul di hadapan bangunan Badan Pengawas Pemilihan Umum (Bawaslu) sebagai tanda protes kerana tidak menerima keputusan yang diumumkan. Setakat ini enam orang dilaporkan terkorban manakala 200 dilaporkan cedera selepas pihak berkuasa cuba meleraikan pemprotes.

Selepas menghubungi teman di Indonesia, kami difahamkan sekatan tiga media sosial ini hanya dilakukan pada pengguna rangkaian Internet selular. Pengguna Internet berwayar masih boleh mengaksesnya tanpa masalah. Ini mungkin kerana penyebaran maklumat palsu seperti masjid diserang misalnya disebarkan menggunakan peranti mudah alih.

Sumber : Amanz