“Abang Mampu Bagi Tu Je Dik,” Sedihnya, Jual Kuih Raya Tepi Jalan Dalam Hujan Ribut Demi Nak Tolong Mak

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Tidak ramai yang beruntung dilahirkan dalam keluarga yang serba mampu. Ada yang dari kecil lagi sudah bergelut dalam kesusahan membantu keluarga mencari rezeki.

Seperti perkongsian oleh seorang individu, Azamuddin Azmi melalui laman facebooknya yang menyentuh hati ramai. Dalam hujan lebat, dia yang memandu di Seremban ketika itu terlihat seorang kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun duduk di tepi jalan sambil menjual kuih.

Tersentuh dengan apa yang berlaku, dia memberhentikan kenderaan untuk turun membeli kuih berkenaan serta menghulurkan payung bagi membantu kanak-kanak itu berteduh. Anak sekecil ini pun sudah punya rasa tanggungjawab membantu keluarganya mencari rezeki. Moga membesar menjadi manusai yang berguna. Sebak.

Ya allah dikau permudahkan segala urusan adik ni..

Sebak hati ni tengok adik ni meniaga dalam hujan lebat ributnya duduk tepi jalan. Bila saya pelawa nak hantar balik dia tak nak. Katanya nanti macam mana nak tolong mak kat rumah.. jom la pakat beli kuih adik ni..

Lokasi di pacific bangunan hijau (taktau nama baru bangunan ni) yang ada mcd nipis tu di Seremban. Adik ni duduk betul-betul jalan masuk simpang. Abang tak ada payung nak bagi dik. Ada pun payung rosak. Abang hanya mampu bagi tu je dik. Semoga membesar jadi anak yang berguna.

Azamuddin yang turut berkongsi hantaran berkenaan di sebuah group menerima pelbagai reaksi netizen yang rata-ratanya tersentuh dengan kegigihan remaja berkenaan membantu keluarganya.

Dia suruh beli je nak sedekah dia marah

Memang terbaik dan sedap sangat

Kesian tengok, dia cakap nak bantu maknya berniaga

Sumber : Azamuddin Azmi

Sumber : SiakapKeli