ARM Turut Dilaporkan Memutuskan Urusan Perniagaan Dengan Huawei

ARM merupakan salah satu perekabentuk cip yang popular, dan ramai menggunakan teknologinya dalam menghasilkan cip pemprosesan tersendiri. Huawei turut tidak ketinggalan, dan turut menggunakan khidmat rekaan ARM dalam pengeluaran cip pemprosesan Kirin mereka tersendiri.

Terkini, dengan pelbagai perkembangan berkaitan Huawei, ARM turut dilaporkan memutuskan perniagaan dengan pihak Huawei. Menurut laporan BBC, ia dikatakan ARM telah mengarahkan pekerja mereka untuk menghentikan kontrak aktif, dan pelbagai perkara lain dengan pihak Huawei disebabkan oleh halangan perdagangan yang dibuat pihak Amerika Syarikat.

Untuk makluman, ARM merupakan perniagaan berpusat di UK, tetapi mereka menyertakan rekaan cip yang turut berhasil dari Amerika Syarikat, sekaligus membuatkan mereka turut tertakluk dibawah halangan perdagangan berkenaan.

Dengan perkembangan terbaru ini, ia sekaligus membuatkan ramai tertanya-tanya berkenaan masa depan arena telefon pintar Huawei – disebabkan mereka tidak boleh menghasilkan cip pemprosesan tersendiri berasaskan rekaan ARM, selain mana Qualcomm dan lain yang telah mengumumkan penghentian penawaran teknologi mereka kepada Huawei.

Sama-sama kita nantikan perkembangan lanjut berkaitan Huawei, dan sama-sama berharap agar pertikaian perdagangan ini dapat diselesaikan dengan secepat mungkin antara Huawei dan kerajaan Amerika Syarikat.

Sumber : Amanz