“Mengarut Mandi Malam Punca Air Ketuban Bertambah,”Ibu Mengandung Wajib Baca Penjelasan Doktor Tentang Air Ketuban

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Semua pasangan yang berkahwin pastinya mengimpikan untuk memperolehi zuriat sendiri. Zuriat ibarat permata berharga yang bakal menjadi penyambung legasi sesebuah keluarga. Mereka juga merupakan  rezeki dan amanah dari Allah untuk dipelihara dan dididik menjadi insan yang berguna kepada negara, bangsa dan agama.

Namun yang paling menarik adalah di sepanjang tempoh kehamilan, ibu-ibu semestinya mempunyai pengalaman dan momen indah yang terpahat dalam ingatan. Bermula dari waktu awal kehamilan, perubahan hormon sehinggalah ke saat melahirkan, ianya sudah tentu menakjubkan!

Gambar Hiasan

Sebagai masyarakat Melayu yang penuh dengan adat tradisi, pasti ada banyak ‘peraturan’ yang harus diikuti, tidak terkecuali wanita hamil. Oleh itu, banyak dari wanita mengandung yang sudah terbiasa dari generasi mematuhi segala larangan dan kepercayaan semasa dalam tempoh ini.

Seorang doktor, Muhammad Izzat telah memuat naik hantaran di laman Facebooknya mengenai mitos sewaktu hamil. Penjelasan tersebut ternyata telah memberi pencerahan kepada masyarat mengenai perkara berkenaan. Menurut Izzat:

Kisah Mengenai Air Ketuban

Air ketuban banyak dipanggil sebagai polyhydramnios. Air ketuban sikit dipanggil sebagai oligohydramnios. Kalau langsung takde air ketuban dipanggil sebagai anhydramnios

Air ketuban ni datangnya dari air kencing baby, dan dari placenta (uri) dan sedikit komponenya datang dari kulit bayi sendiri. Air ketuban sentiasa dalam keadaan keseimbangan di mana air ini akan diminum oleh bayi itu sendiri. Ibaratnya bayi tu hasilkan air ketuban sendiri dan dia sendiri minum air tu.

Gambar Hiasan

Tak susah pun nak faham konsepnya. Apa jua keadaan yang menyebabkan baby ni kencing banyak atau apa jua keadaan yang menyebabkan baby tak boleh menelan air ketuban ini semula akan menyebabkan air ini banyak dari biasa.

Berikut antara sebab musabab biasa air ketuban tu boleh menjadi banyak :

1) Ibu ada kencing manis – bila ibu ada kencing manis, paras gula dalam badan ibu tinggi. Gula yg tinggi ini dipindahkan kepada bayi melalui tali pusat. Paras gula yang tinggi pada bayi menyebabkan bayi terkencing kencing dengan banyaknya sekaligus air ketuban jadi banyak.

2) Bayi ada kecacatan pada bahagian saraf atau bahagian kepala atau pada salur pencernaan menyebabkan air ini takbboleh ditelan dan menjadi banyak.

3) Bayi ada masalah genetik seperti sindrom Down atau sindrom Edward yg mana sindrom ini ada berkaitan dengan ketaknormalan sistem pencernaan. Air ketuban tak boleh ditelan dan air ini menjadi banyak.

Jadi, semua perkara yang berlaku ini adalah melibatkan bayi itu sendiri dan keadaan di dalam rahim.

Ianya langsung tiada kaitan dengan apa yang ibu makan, apa yg ibu minum, atau disebabkan ibu mandi malam. Air mandian tu tak boleh meresap dari kulit ataupun ada laluan rahsia untuk sampai terus ke rahim dan sebabkan air ketuban banyak secara tetiba.

Org mengandung ni cepat berpeluh dan berlengas. Nak mandi bebila masa pun takde masalah. Yang tak nak mandi ni dah kenapa? Hobi eh suka bau-bauan kepam ?

Sumber : Muhammad Izzat 

Sumber : SiakapKeli