Wanita Buat Kerja Lebih Cepat Di Pejabat Dalam Suhu Suam Berbanding Lelaki – Kajian

Zaman berubah membuatkan semakin ramai wanita menceburi bidang kerjaya korporat. Adakah penglibatan wanita dalam bidang kerjaya hari ini mewujudkan persaingan dalam kalangan pekerja lelaki?

Menurut satu kajian yang dilakukan, wanita didapati berfikir dengan lebih baik dalam suhu yang lebih ‘suam’.

Ketika berada dalam suhu yang tinggi sekitar (sejuk), pekerja wanita akan berusaha dengan lebih keras untuk menyelesaikan sesuatu pekerjaan berbanding lelaki yang mampu membuat keputuasan dan menyelesaikan tugas dengan cepat.

Kajian baru menyatakan bahawa wanita tidak hanya memerlukan suasana lebih hangat untuk keselesaan malam dapat menyelesaikan masalah dengan cekap.

“Apa yang kami dapati bukan hanya daripada segi keselesaan, malah suhu itu mempengaruhi prestasi kerja,” kata penulis kajian, Professor Tom Chang.

Kajian yang dijalankan menunjukkan lelaki lebih perlahan menyelesaikan masalah yang diberi apabila suhu dinaikkan kepada setiap 10c berbanding wanita yang mampu menyelesaikannya lebih cepat.

Lelaki selesa pada suhu sejuk, jadi kemahiran mereka terganggu dalam ujian kognitif yang dijalankan kerana berhadapan dengan suhu yang agak hangat.

Sumber: Mail Online

Sumber : SiakapKeli