Keadilan Untuk Arwah Adib

Asalnya, timbalan Menteri menyatakan bahawa laporan bedah siasat akan diberitahu umum sebulan selepas kematian Adib. [1]

Bila cukup sebulan, tiba-tiba Peguam Negara suruh buat inkues pulak kononnya untuk tentukan punca Adib mati.

Pusing pulak hasil bedah siasat hanya boleh hanya boleh didedahkan di mahkamah selepas inkues. [2]

Padahal sebelum itu kes Adib dah diklasifikasi polis sebagai membunuh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. [3]

Maka dari awal lagi dah timbul persoalan adakah inkues ni nak kata Adib tidak dipukul hingga mati macam yang polis klasifikasikan sebelum ni?

Takpelah, kita bersangka baik, bak kata ayah Adib:

“Inkues ini benda baik dan ia mampu memberi keadilan kepada Adib, malah kami sememangnya mahukan keadilan untuk Adib.

“Apabila ia dilaksanakan.. Ia diharapkan dilakukan secara adil bagi mencari punca dan mereka yang bersalah.” [4]

Maka berbulan-bulanlah sejak Februari inkues dijalankan…

Kita tunggu punya tunggu sampai April, tuptup, rupa-rupanya dalam inkues tak habis lagi pejabat Peguam Negara telah awal-awal memfailkan afidavit menyatakan Adib tidak dipukul, walaupun inkues masih berlangsung.[5]

Itupun kantoi bodoh bila Jawatankuasa Kuil Mariamman Seafield yang dedahkan masa diorang tarik balik rayuannya penangguhan inkues di Mahkamah Rayuan terhadap keputusan Mahkamah Koroner menolak permohonannya untuk menjadi pemerhati dalam inkues. [6]

Tuhan punya kuasa.

Kalau tak memang macam orang bodoh lah kita dok bersangka baik.

Sepanjang inkues dipanggil pula bermacam pakar untuk menspekulasi bagaimana dan apa mekanisme yang menyebabkan kematian Adib.

Ada pakar temberang dan ada pakar yang jujur. Yang mana satu betul? Entahlah, semuanya adalah pendapat “pakar”.

Pusing punya pusing akhirnya hujung April, laporan bedah siasat Adib yang konon nak didedahkan selepas sebulan itu dikatakan mengelirukan. [7]

Sedangkan beribu orang yang tahu hakikat kejadian sebenar yang ada di tempat kejadian tidak pernah diusik.

Terbaru, peguam KPKT dan bomba mewakili Adib pula mengundur diri. [8]

Penarikan diri peguam ini akan menyebabkan tindakan memanggil semula saksi ke-29, Perunding Kanan Patalogi Forensik di United Kingdom, Prof Dr Shahrom Abd Wahid, terbatal. [9]

Kenapa penting saksi no 29 ni?

Prof Dr Shahrom Abd Wahid adalah saksi no 29 yang dalam keterangannya sebelum ini memaklumkan yang terdapat individu menghentak mangsa (Adib) sekuat hati dengan daya lebih 3,000 Newton atau lebih daripada tiga orang sehingga menyebabkan patah pada tulang rusuk yang membawa kepada kematiannya.

Malangnya telah berlaku percanggahan di antara Saksi ke 24 yang mengatakan Adib tidak dipukul dengan saksi 29 yang mengatakan Adib dipukul hingga menyebabkan kematiannya.

Maka saksi 24 dan 29 perlu dipanggil buat kali ke 2.

Saksi 24 dah selesai dipanggil buat kali ke 2 minggu lepas. Saksi yang kesal dimalukan oleh peguam yang sama meletak jawatan pada hari ini. [10]

Tak tahulah kenapa tiba-tiba peguam Adib ni nak tarik diri,

Walhal minggu lepas beliau begitu tegas dan agresif mencari kebenaran serta keadilan untuk arwah Adib, “new turn of events” katanya tetapi enggan ulas lanjut.

Tapi dia ada sebut, AG, menteri tentukan pengganti saya. [11]

Jadi faham-faham sendirilah.

Betul-betul macam kartun, macam-mana kita nak bersangka baik lagi pun tak tahulah.
.

Ironi sekali..

Jika seseorang itu dibunuh di tempat tersembunyi, tanpa ada saksi, kemungkinan besar polis akan berjaya menangkap si pembunuh dengan pelbagai alatan canggih.

Tetapi apabila seorang penjawat awam dibunuh di khalayak ramai, dengan disokong keterangan rakan setugas, dan disaksikan ribuan orang, pembunuhnya jadi mustahil pula untuk ditangkap.

Kartun betul sistem keadilan ini. Kartun.
.

Kesimpulannya, jika anda hendak membunuh seseorang, lakukannya di tempat terbuka, dan ajaklah kawan-kawan anda paling kurang 2000 orang.

Ada kemungkinan besar anda mungkin akan terlepas.

Sebab tu saya sebut dari tadi..

Kartun.

Sekian.

#justice4adib

RUJUKAN:

[1]Laporan akhir bedah siasat Muhammad Adib mungkin ambil masa sebulan
https://www.mstar.com.my/…/s…/2018/12/26/bedah-siasat-adib/…

[2]Prosiding inkues kematian Muhammad Adib bermula 11 Februari
https://www.bharian.com.my/…/prosiding-inkues-kematian-muha…

[3]Polis klasifikasikan kematian Adib sebagai kes bunuh
https://www.bharian.com.my/…/polis-klasifikasikan-kematian-…

[4]Inkues punca kematian Adib
https://www.hmetro.com.my/…/4065…/inkues-punca-kematian-adib

[5]Jabatan Peguam Negara fail afidavit Adib tak dipukul, JK kuil tarik balik rayuan
https://www.freemalaysiatoday.com/…/jabatan-peguam-negara-…/

[6]Temple withdraws appeal after ‘Adib not beaten’ affidavit by AGC
https://www.malaysiakini.com/news/472382

[7]Laporan bedah siasat Adib mengelirukan
https://www.hmetro.com.my/…/laporan-bedah-siasat-adib-menge…

[8]Peguam Muhammad Adib tarik diri
https://www.bharian.com.my/…/peguam-muhammad-adib-tarik-diri

[9]Pakar forensik kesal dimalukan di inkues Adib
https://www.freemalaysiatoday.com/…/pakar-forensik-kesal-d…/

[10]Peguam Jabatan bomba tarik diri
https://www.malaysiakini.com/news/477532

[11]AG, menteri tentukan pengganti saya – Peguam
https://malaysiagazette.com/…/ag-menteri-tentukan-penggant…/

The post Keadilan Untuk Arwah Adib appeared first on The Patriots.

Sumber : ThePatriots