(Video) ‘Akak yang melahirkan dia, bila dapat bini Indon dia terus lupakan jasa ibunya’ – Ibu dakwa didera menantu, bila mengadu anak tak pernah percaya

Viral di media sosial ketika ini, video seorang wanita meluahkan rasa sedihnya dianiaya dan didera oleh anak dan menantunya sehingga mengalami kecederaan di seluruh badan. 

Menurut wanita terbabit yang tidak diketahui identitinya itu, dia mendakwa menantunya, Mariam, yang berasal dari Indonesia telah menderanya secara fizikal. Dalam kejadian terbaru ini, hanya kerana mangsa menegurnya mengenai sikap suka membuang pampers di tepi pintu, mangsa telah dipukul bertubi-tubi. 
“Akak tegur dia pasal letak pampers di tepi pintu. Anak dia batuk-batuk, akak cakap buanglah pampers tu kan berkuman. Itu sebab budak itu batuk-batuk/ 
“Tegur dengan baik, dia pun naik angin. Terus dia kata, “Sampah kau lagi busuk”. Akak kata sampah lain, ini najis, mana sama dengan sampah. Lepas tu dia menjerit-jerit mengejek dan tak nak dengar cakap kita langsung. Memang melampau, tak tahu hormat orang tua,” katanya. 
Mangsa juga mendakwa, wanita itu telah menendang dadanya dengan kuat, tangannya juga ditarik dan ditendang beberapa kali, malah ditelanjangkan. 
“Dia sepak bahagian dada dengan kuat, tangan akak dia tarik dan tendang. Sebelah tangan akak pegang kain (tengah berkemban), ditelanjangkannya akak dua kali. 
“Anak balik, dia mengadu akak pukul dia. Akak dah mengadu pada anak, tapi anak tak pernah memihak pada maknya. Mana lagi nak mengadu. 
“Anak balik maki-maki mak dia, dihalaunya mak sendiri keluar dari rumah. Selalu macam tu, bukan sekali dua. Sedangkan bini dia datang dari mana dimuliakan sangat. Akak yang melahirkan dia, jaga dari kecik, dah besar panjang dapat bini lupakan jasa ibu langsung. Tak pedulikan mak dia. Sampai akak tak makan, bangun menggigil-gigil masakkan bubur bagi dia makan. 
“Mana ada dia hiraukan mak dia dah makan ke belum, mak sakit ke apa dia tak kisah. Bini dia lagi suka anak akak maki, tengking akak. 
“Waktu anak kerja, dia belasah akak teruk-teruk. Dia pergi ke anak dia, dia hasut pula anak dia kata jangan pergi dekat nenek, nenek jahat. 
“Cakap dengan anak pun tak ada faedah. Anak pun dah macam bukan anak kita dah. Dimaki, diherdik maknya. Tak sangka betul, akak sayang anak itu dulu tapi bila dia dapat bini indon, dia tak kenal mak dia lagi. Ini yang dia balas,” katanya.
“Anak kata, “Kalau kau pukul lagi bini aku, aku pukul kau kaw-kaw.” padahal bini dia yang pukul mak dia,” katanya lagi sambil menunjukkan tangannya bengkak akibat dipukul menantu.

Ketika video itu dirakam, mangsa berada di perkarangan pusat perubatan untuk membuat pemeriksaan dan difahamkan mangsa akan membuat laporan polis berhubung kejadian itu selepas diminta oleh doktor untuk berbuat demikian.

Sumber: Raja Emas

Sumber : TheReporter