Nokia 3 Mula Menerima Kemas Kini Android Pie

Nokia 3 dilancarkan di Malaysia hampir dua tahun yang lalu dengan sistem operasi Android 7.0. Pihak HMD Global menjanjikan kemas kini sehingga Android Pie pada Nokia 3 walaupun ia hanyalah sebuah peranti kelas pertengahan rendah. Hari ini janji ditepati dan kemas kini Android 9 Pie mula diterima.

Ini ialah kemas kini sistem operasi yang keempat diberikan. Kali terakhir ia berlaku adalah pada Disember lalu untuk Android 8.1 Oreo. Andrid Pie membawakan sistem navigasi dua butang berasaskan gesture, Digital Wellbeing serta Adaptive Battery. Selain sistem operasi terkini, ia turut memberikan tampalan sekuriti untuk bulan Mei 2019. Ia turut Seperti biasa kemas kini diberikan secara berperingkat kepada pengguna global.

Sumber : Amanz