Rimas Jalan ‘Jammed’? Apa Kata Anda Cuba Main 8 Permainan Minda Ini Untuk Elakkan Rasa Bosan

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Tiada sesiapa pun mahu terperangkap dalam ruang sempit seperti kabin kereta untuk tempoh yang lama, kadang-kadang lebih daripada 10 jam tanpa berbuat apa-apa. Namun hakikatnya, keadaan itu perlu dilalui hampir setiap orang apabila menjelang hari raya.

Kanak-kanak sudah tentu menjadi individu yang paling cepat bosan apabila berhadapan dengan situasi ini. Anda sebagai ibu bapa ataupun kakak serta abang yang lebih dewasa apa kata mengambil inisiatif ini untuk bermaian permainan tertentu bagi menghilangkan rasa bosan.

Selain menghabiskan masa dengan gajet, 8 permainan minda berasakan Matematik ini antara perkara menarik yang boleh anda buat bersama anak-anak anda ketika ini. Ikuti perkongsian yang dibuat oleh Cikgu Mohd Fadli Salleh dibawah. Semoga bermanfaat.

8 PERMAINAN MENARIK DI DALAM KERETA UNTUK MERANSANG MINDA ANAK CEKAP MENGIRA.

Ramai yang pulang semula ke bandar/tempat kerja hari ini dan esok bersama anak-anak memandangkan cuti raya dah habis.

Jom main 8 permainan ini untuk elak mengantuk disamping dapat meransang minat dan kemahiran anak dalam Matematik.

1. Main tambah-tambah no plate kenderaan kat depan. Ni sangat seronok. Apa sahaja nombor plate kenderaan kat depan, saya suruh anak tambah. Contohnya plate kereta depan = WVD 8569

8+5+6+9 = 28

– Anak lebih cekap dan pantas menambah dan mencongak.

2. Untuk lebih mencabar, suruh mereka darab dua nombor depan seterusnya tambah pula nombor berikutnya. Lagi mencabar. 

8 x 5 + 6 + 9 = 55

– Anak cekap mendarab, menambah dan membuat operasi bercampur.

3. Hafalan sifir. Masa ni anak-anak tak boleh lari dah. Haha. Wajib baca. Mula dengan sifir dua kemudian makin menaik ikut aras mereka.

Dah siap mereka baca sifir, soal pula sifir secara rawak.

– Sifir adalah JANTUNG Matematik. Mantapkan hafalan sifir anak-anak!

4. Sebut masa (jam) dengan betul berdasarkan jam kat paparan kereta. Tukar pula dalam sistem 24jam.

Contohnya Jam 1425 = 2:25pm

– Sistem 12 jam dan sistem 24 jam merupakan salah satu topik popular yang sering keluar dalam peperiksaan. Inilah masa kita uji mereka.

5. Tambah semua angka jam. Contohnya waktu sekarang ialah 09:55

0 + 9 + 5 + 5 = 19

Untuk lebih mencabar, darablah dua nombor hadapan atau dua nombor dibelakang dan selebihnya tambah.

0 + 9 + 5 x 5 = 34

– Aturan operasi secara terbalik/rawak begini penting untuk mengukuhkan anak-anak operasi mana yang perlu didahulukan. Dalam soalan ini, wajib jawab soalan darab terlebih dahulu.

6. Tambah semua angkat kat frekuensi radio. Ni pun best. Sebab ada berpuluh-puluh channel radio yang punyai frekuensi berbeza.

– Mantapkan operasi asas anak-anak dan asuh mereka mengira dengan pantas!

7. Darab setiap angka frekuensi radio. Abaikan titik perpuluhan.

Contohnya 9.29 = 9 x 2 x 9 = 162

Jika nombor frekuensi terlalu besar untuk di darab semuanya, darab sahaja dua nombor di depan kemudian tambah atau tolak nombor berikutnya.

Contohnya 9.85 = 9 x 8 – 5 = 67

8. Bundarkan nombor plate kenderaan di depan kepada puluh, ratus atau ribu terdekat. Best!

Boleh juga bundarkan masa, bundarkan frekuensi radio dan sebagainya.

Antara operasi yang terlibat dalam 8 permainan ini ialah darab, tambah, hafalan sifir, operasi bergabung, keutamaan operasi dalam operasi bergabung, masa dan waktu, penolakan, congak, dan kepantasan menjawab. Banyak manfaat kan?

Cubalah ya!

Join channel Telegram saya t.me/MohdFadliSalleh untuk Tips Matematik dan Isu Pendidikan Semasa.

#MFS
– Ambil peluang dalam kesesakan.

Sumber: Mohd Fadli Salleh

Sumber : SiakapKeli