Tiada Beza E-rokok Dan Rokok, Keduanya Mendatangkan Penyakit- Penyelidik

Tahukah anda, keburukan e-rokok adalah sama seperti rokok dan ia boleh membuatkan anda mendapat batuk yang teruk dan jika dibiarkan, anda boleh terdedah kepada pelbagai lagi penyakit lain, menurut penyelidikan yang dilakukan.

Walaupun tanpa tembakau, nikotin dalam produk seperti Juul membuatkan paru-paru tidak mampu membersihkan mukus, menurut kajian baru yang menganalisis impak nikotin pada sel manusia.

Ia bertambah buruk kerana nikotin lebih banyak terkandung di dalam ‘vaping’ berbanding di dalam sebatang rokok, sementara tembakau membawa dadah yang mengalir di dalam darah menyebabkan nikotin berkumpul di bahagian paru-paru.

Para penyelidikan yang berpusat di Pusat Perubatan Universiti Kansas mendapati pengguna e-rokok secara beransur-ansur mengalami pembentukan kahak, menjadikan mereka lebih mudah terdedah kepada penyakit, meningkatkan risiko batuk dan membuka jalan kepada asma dan bronkitis kronik.

Dan penyakit ini lebih cepat tersebar di kalangan pengguna e-rokok, menurut kajian yang diterbitkan pada 7 Jun.

“Kajian ini berkembang daripada penyelidikan pasukan kami mengenai pengaruh asap tembakau pada pelepasan lendir dari saluran udara” menurut pengarah senior Matthias Salathe, Profesor Paru-paru dan Kritikal di Pusat Perubatan Universiti Kansas.

Persoalan kajian yang dilakukan ini ialah sama ada vape mengandungi nikotin mempunyai kesan negatif untuk membersihkan cecair dari saluran udara yang serupa dengan asap tembakau.

“Kajian kami pada masa hadapan bersama dengan yang lain mungkin mempersoalkan kembali e-rokok sebagai pendekatan pengurangan kemudaratan untuk perokok dan dikaitkan dengan bronkitis kronik”

Sumber: DailyMail

Sumber : SiakapKeli