Xbox Generasi Baru Akan Hadir Pada 2020 Dengan Sokongan 8K, Dijana SSD

Microsoft hari ini telah mengambil pentas utama pada acara E3 2019, sekaligus berkongsi sejumlah permainan untuk platform mereka. Menariknya, pada acara tersebut juga, Microsoft berkongsi berkenaan konsol generasi terbaru yang akan diperkenalkan pada tahun hadapan, dinamakan Project Scarlett.

 Xbox E3 2019

Konsol ini akan dijana dengan sokongan grafik berasaskan binaan AMD Zen 2 dan Radeon RDNA, sekaligus menawarkan sokongan untuk permainan pada resolusi sehingga 8K. Project Scarlett juga akan menawarkan prestasi permainan pada kadar 120fps, sekaligus memberikan pengalaman permainan lebih menarik melaluinya.

Tidak kurang dengan itu, konsol baru akan dilengkapi sokongan storan SSD dalam memberikan prestasi lebih laju dalam mengakses sesuatu permainan.

Microsoft mengatakan ia lebih 4 kali berkuasa berbanding Xbox One X pada hari ini. Nama akhir untuk konsol baru ini masih tidak diketahui lagi.

Kita mungkin mendengar lanjut mengenai konsol generasi baru ini menjelang pelancarannya pada 2020 kelak. Selain Microsoft, sebelum ini Sony turut telah mengacah konsol generasi baru mereka dengan sokongan lebih kurang sama.

Sumber : Amanz