Wiko View3 Dan View3 Lite Dilancarkan Di Malaysia Pada Harga Bermula RM449

Wiko View3 diperlihatkan ketika acara MWC Barcelona yang berlangsung pada awal Mac lalu. Bagi pengguna di Malaysia, peranti Wiko View3 dan View3 Lite akhirnya dijual di pasaran Malaysia bermula 14 Jun hadapan.

Wiko View3 hadir dengan 6.26″ HD+, dijana cip MediaTek Helio P22, memori sebesar 3GB RAM, storan sebesar 32GB, kamera swafoto 8-Megapixel, kamera utama 13+12+2 Megapixel dan bateri sebesar 4000 mAh. Sistem operasi Android Pie digunakan.

Wiko View3 Lite pula hadir dengan 6.09″ HD+, dijana cip Unisoc Octa-Core 1.6GHz, memori sebesar 2GB RAM, storan sebesar 32GB, kamera swafoto 5-Megapixel, kamera utama 13+2 Megapixel dan bateri sebesar 4000 mAh. Sistem operasi Android Pie digunakan.

Bagi yang berminat Wiko View3 ditawarkan pada harga RM599 bermula 14 Jun. Tetapi di antara 11-13 Jun ini, ia boleh dibeli pada harga pengenalan RM489 sebuah. Wiko View3 Lite pula ditawarkan pada harga RM449 bermula 17 Jun. Tetapi di antara 14-16 Jun ia ditawarkan pada harga pengenalan RM369 sebuah.

Sumber : Amanz