‘Ibu tak dengar cakap doktor’ – Fasha umum keguguran

Pelakon Fasha Sandha mengumumkan di Instagramnya bahawa dia mengalami keguguran dan memohon maaf kepada suaminya dan kedua anaknya. 

Menurut Fasha, keguguran itu berlaku dipercayai kerana beliau terlalu aktif sedangkan doktor sebelum itu telah berpesan kepadannya agar banyakkan berehat dan jangan terlalu lasak. 
“Ibu minta maaf suamiku tercinta, Rayfal dan Jemyma sayang. Sebelum cuti beraya, doktor dah pesan untuk banyak berehat, jangan terlalu lasak. 
“Ibu tak dengar cakap doktor untuk jangan banyak bergerak masa raya ini. Ibu naik turun kereta api, naik turun kapal terbang, jalan laju-laju, buat kerja sampai selalu terlupa ada baby kecil dalam perut ibu. 
“Ibu terlalu aktif sampai lupa kandungan awal ibu perlukan ibu banyak berehat. Ibu tahu ibu bukanlah ibu yang terbaik. 
“To my dear followersm thank you for all your well wishes on my pregnancy. I’m deeply saddened to tell you I’ve miscarried. Doakan supaya kami kuat dalam melalui ujian ini. 
“Aidil Aziz, kita teruskan berdoa dan usaha. Semoga kita ada rezeki lagi di masa akan datang. InsyaAllah kita akan lebih kuat. 

Ibu mintak maaf suamiku tercinta , Rayfal dan Jemyma sayang. Sebelum cuti beraya, doktor dah pesan,untuk banyakkan berehat, jangan terlalu lasak2 😔 Ibu tak dengar cakap doktor untuk jangan banyak bergerak masa raya ni, ibu naik turun keretapi, naik turun kapal terbang, jalan laju2 , buat kerja ,sampai selalu terlupa ada baby kecil dalam perut ibu. Ibu terlalu aktif sampai lupa kandungan awal ibu perlukan ibu banyak berehat. Ibu tau ibu bukanlah ibu yang terbaik 😔 To my dear followers, Thank you for all your well wishes on my pregnancy. I’m deeply saddened to tell you I’ve miscarried. Doakan supaya kami kuat dalam melalui ujian ini. @itsaidilaziz kita teruskan berdoa dan usaha, semoga kita ada rezeki lagi dimasa akan datang. InsyaAllah kita akan lebih kuat #aidilfasha . . Terima kasih Allah kerana telah menumpangkan ‘Anak Syurga’ ini dalam rahimku, walaupun hanya untuk seketika. #Allahisthebestplanner #redha #anakSyurgaibuAyah
A post shared by Fasha Sandha (@fashasandha) on

“Terima kasih Allah kerana telah menumpangkan ‘Anak Syurga’ ini dalam rahimku. Walaupun hanya untuk seketika,” katanya. 
Sementara itu, rakan-rakan artis dan followersnya mengucap takziah kepada mereka dan semoga bertabah dengan ketentuanNya. 

Sumber : TheReporter