Xiaomi Mi 9T Bakal Dilancarkan Di Malaysia Pada 20 Jun

Xiaomi Malaysia hari ini telah mula menghantar jemputan media untuk acara pelancaran telefon pintar terbaru mereka, iaitu Xiaomi Mi 9T. Melalui jemputan yang dihantar, ia dilihat Mi 9T akan dilancarkan secara rasmi pada 20 Jun 2019 ini.

Xiaomi Mi 9T

Buat masa ini, Xiaomi Mi 9T belum dilancarkan secara rasmi untuk mana-mana pasaran. Walaubagaimanapun, pelbagai spekulasi menandakan yang mana ia mungkin adalah Redmi K20 yang dijenamakan semula.

Sekiranya benar, maka kita akan dapat melihat penawaran spesifikasi tinggi seperti penggunaan kamera swafoto pop-naik, tri-kamera belakang 48-megapixel, bateri 4000mAh dan beberapa ciri-ciri lain.

Seperti biasa, sama-sama kita nantikan lanjut mengenai penawaran Mi 9T ini dalam hari-hari akan datang ini.

Sumber : Amanz