Samsung Galaxy Fit Dan Fit e Akan Dijual Di Malaysia 14 Jun Pada Harga Bermula RM 139

Pasaran peranti boleh-pakai hangat sedang hangat dipacu oleh penjejak kesihatan yang mampu milik. Bagi peminat produk Samsung, penjejak kesihatan Galaxy Fit dan Fit e akan akhirnya dijual kepada umum bermula 14 Jun. Sebelum ini kedua-duanya ditawarkan sebagai hadiah percuma kepada pelanggan Galaxy S10.

Samsung Galaxy Fit dilengkapi skrin 0.94-inci AMOLED bewarna, bateri sebesar 120 mAh yang mampu bertahan sehingga 11 hari, pengimbas nadi, penjejak tidur, tahan air sehingga 5 ATM dan menyokong notifikasi dari peranti pintar yang ditambat. Turut disertakan ialah sokongan bluetooth 5.0.

Samsung Galaxy Fit-e pula dilengkapi skrin 0.74-inci PMOLED hitam putih, bateri sebesar 70 mAh yang mampu bertahan sehingga 13 hari, pengimbas nadi, penjejak tidur, tahan air sehingga 5 ATM dan menyokong notifikasi dari peranti pintar yang ditambat. Turut disertakan ialah sokongan bluetooth 5.0.

Di Malaysia Samsung Galaxy Fit dijual pada harga RM369 manakala Samsung Galaxy Fit-e pula pada harga RM139 seutas.

Sumber : Amanz