E3 2019 : Sekitar Pengumuman Hari Pertama

#E3 akhirnya berlangsung secara rasmi minggu ini dan bersempena dengan itu, kami ingin berkongsi dengan anda 10 pengumuman menarik yang berlangsung sepanjang hari pertama E3 ini.

10 pengumuman tersebut terdiri daripada persidangan daripada Xbox dan Bethesda, di mana ketika persidangan Xbox, Microsoft mengumumkan pelbagai pengumuman seperti konsol Xbox seterusnya, Halo Infinite, Cyberpunk 2077, Bleeding Edge, Elden Ring, Dragon Ball Z Kakarot dan Gears 5.

Manakala ketika persidangan Bethesda, Doom Eternal dan Ghostwire: Tokyo diperlihatkan bersama dengan servis ORION. Square-Enix juga mengumumkan tarikh pelancaran Final Fantasy VII Remake.

Ikuti : Aksiz

Sumber : Amanz