Perkhidmatan Dompet Nirtunai Boost Tidak Boleh Digunakan Antara 11.30 Malam Ini Sehingga 2 Petang, 11 Jun

Boost merupakan salah satu dompet nirtunai yang popular dikalangan pengguna tempatan kerana penawaran pulangan wang, selain pelbagai diskaun melaluinya. Terkini, pihak Boost mengumumkan naik-taraf untuk aplikasi berkenaan yang akan membuatkan ia tergendala sehingga 2 petang, 11 Jun 2019.

Boost Naik-Taraf

Proses naik-taraf ini akan berlaku antara 11.30 malam 10 Jun 2019 sehingga 2 petang 11 Jun 2019. Selepas tempoh berkenaan, pengguna dijangka boleh menggunakan kembali dompet nirtunai berkenaan di pelbagai penjual seluruh negara tanpa masalah.

Bagi anda yang menggunakan dompet nirtunai Boost ini, mungkin boleh menggunakan beberapa alternatif lain untuk transaksi sepanjang tempoh naik-taraf ini.

Sumber : Amanz