Sejam tahan sakit, kepala bayi tersangkut pada jeriji pintu

Seorang bayi lelaki berusia terpaksa menahan kesakitan hampir sejam akibat kepalanya tersangkut pada jeriji pintu di kediamannya. 
Dalam kejadian yang berlaku pada jam 12.00 tengah hari di sebuah pangsapuri di Cheras, hari ini, sepasukan anggota dan jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bandar Tun Hussein Onn dikerahkan ke lokasi. 
Anggota bomba terpaksa memotong jeriji besi terbabit dalam tempoh 15 minit bagi mengeluarkan kepala bayi berusia setahun lapan bulan berkenaan. 
Difahamkan, mangsa bermain di jeriji pintu sebelum ditemui ibunya dalam keadaan kepalanya tersangkut. 
Si ibu cuba mengeluarkan kepala anaknya, tetapi gagal berbuat demikian sebelum menghubungi pihak bomba untuk mendapatkan bantuan. 
Sumber: Harian Metro

Sumber : TheReporter