Beats Solo3 Ditawarkan Dengan Empat Warna Baharu The Club Collection

Fon kepala Beats popular di kalangan atlet dan pengguna ranggi. Sebelum ini Beats Solo3 ditawarkan hanya dengan satu warna sahaja. Hari ini fon kepala nirwayar yang sudah berusia tiga tahun ini ditawarkan dengan empat kombinasi warna baharu di bawah penjenamaan The Club Collection.

Empat warna tersebut ialah Club Navy, Club Red, Club White dan Club Yellow. Fon kepala mempunyai lebih dari satu warna pada kesemua model yang ditawarkan. Tiada perubahan spesifikasi dilakukan. Ia masih hadir dengan cip W1 bagi memudahkan tambatan pada peranti Apple serta bateri yang boleh bertahan sehingga 40 jam dicas menggunakan port mikroUSB. Masih tiada sistem pembatalan hingar disertakan. Di Malaysia Beats Solo3 The Club Collection ditawarkan pada harga RM849 sepasang.

Sumber : Amanz