(Video) ‘Kami kehilangan adik bongsu’ – Penunggang motosikal maut dirempuh lori mengundur secara tiba-tiba

Seorang penunggang motosikal maut selepas motosikal yang ditunggangnya dirempuh sebuah lori yang mengundur secara tiba-tiba. 

Dalam kejadian yang berlaku pada jam 3 petang semalam di Kilometer 263.1 di Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah utara berhampiran Terowong Menora, mangsa, Mohd Najib Ismail, 21, yang menunggang motosikal jenis Yamaha Y125ZR maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di bahagian badan. 
Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Mohd Ali Tamby berkata, lori yang dipandu lelaki berusia 48 tahun itu yang berhenti di Vista Point mengundur secara tiba-tiba sehingga ke tengah jalan. 
Ketika kejadian, pemandunya tiada di dalam lori yang mengundur sendiri sehingga merempuh motosikal yang berada di belakangnya. 
Siasatan awal mendapati, pemandu lori itu mendakwa brek lorinya gagal berfungsi.

Mayat mangsa dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun Ipoh untuk bedah siasat.

Laporan bedah siasat mendedahkan, mangsa meninggal dunia akibat kecederaan parah di bahagian dada dan purut. 
Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Video dashcam yang sempat merakam kejadian itu turut tersebar di media sosial.
Menurut abang mangsa, Imanudin Ismail, berkata, video itu akan dijadikan sebagai bukti kes.

Sumber : TheReporter