Terkini: “Alhamdulilah Semua Dipermudahkan, Ainul Stabil” – Ibu

Berhubung posting sebelum ini, rakyat Malaysia tertunggu-tunggu keputusan serta keadaan adik Ainul selepas mengharungi tempoh pembedahan sejak malam tadi.

Status yang telah dikemaskini oleh bapanya mengundang reaksi pelbagai rata-rata netizen.

Walau bagaimanapun, melalui instagram milik ibunya, Nurul Erwani, jelas memberitahu bahawa Ainul selamat sepanjang operasi dan disahkan stabil.

Dalam pada itu, ibu Ainul turut berterima kasih bagi setiap pihak yang terlibat terutamanya para doktor dan memohon doa daripada kita semua agar Ainul terus kuat.

Sumber: Nurul Erwani

Sumber : SiakapKeli