Kemas Kini iOS 12.3.2 Boleh Dimuat Turun Untuk iPhone 8 Plus Sahaja

Seminggu lalu kemas kini iOS 12.3.1 diberikan kepada semua peranti iOS yang layak bagi menyelesaikan beberapa pepijat yang dilaporkan. Hari ini Apple memberikan kemas kini iOS 12.3.2 hanya untuk telefon pintar iPhone 8 Plus.

Menerusi kemas kini ini, pepijat pada mod potret iPhone 8 Plus telah ditampal. Sesetengah pengguna iPhone 8 Plus melaporkan kesan khas mod potret tidak dapat digunakan pada peranti mereka. Jadi kepada pemilik peranti ini, anda boleh memuat turun iOS 12.3.2 menerusi menu tetapan peranti anda sekarang.

Sumber : Amanz