Fujifilm Kembali Menghasilkan Filem Hitam Putih Dengan Neopan 100 Acros II

Fujifilm mengumumkan akan menghentikan penghasilan filem dan kertas hitam putih mereka pada bulan April tahun lalu. Kekurangan permintaan dari pengguna dan kos penghasilan yang semakin meningkat menjadi faktor mengapa ini dilakukan. Hari ini mereka melakukan pusingan-U dengan mengumumkan filem hitam putih baharu Fujifilm Neopan 100 Acros II.

Fujifilm Neopan 100 Acros II akan ditawarkan untuk format 35mm dan 120 Medium Format. Menurut Fujifilm, menerusi teknologi Super Fine-Σ yang digunakan menawarkan gambar yang lebih tajam dan butiran filem yang lebih baik. Sebab mengapa filem hitam putih ditawarkan semula adalah kerana maklum-balas pengguna yang diterima terutamanya dari pengguna milenial yang kembali menggunakan kamera analog.

Buat masa ini Fujifilm Neppan 100 Acros II akan hanya ditawarkan untuk pasaran Jepun sebelum ke pasaran global dalam masa terdekat.

Sumber : Amanz