Kad Grafik AMD Radeon 5700 XT Edisi Ulangtahun Ke-50 Diumumkan

Di penghujung acara AMD Next Horizon Gaming, CEO syarikat AMD, Dr. Lisa Su memperlihatkan sebuah model kad grafik AMD Radeon 5700 XT kedua, dimana ia merupakan edisi ulangtahun ke-50 AMD yang dinamakan AMD Radeon 5700 XT 50th Anniversary Edition,

Sama seperti kebanyakan model-model CPU dan kad grafik AMD ulangtahun ke-50, rangka penyejuk kad grafik ini hadir dengan rekaan hitam dan emas, sama seperti komponen-komponen ulangtahun ke-50 AMD yang lain.

Diperlihatkan pada bahagian atas rangka kad grafik tersebut ialah tandatangan CEO AMD, Dr. Lisa Su dan juga teks 50th Anniversary Edition pada bahagian kipas penyejuk kad grafik tersebut.

Dalam pada itu, spesifikasi kad grafik ini juga dilihat sedikit lebih berkuasa berbanding dengan kad grafik Radeon 5700 XT yang biasa. Ini termasuklah:

  • Unit Perkomputeran – 40
  • Pemproses Strim – 2560
  • Kelajuan asas – 1680MHz
  • Kelajuan gaming – 1830MHz
  • Kelajuan maksimum – 1980MHz
  • Memori – 8GB GDDR6
  • Sokongan PCIe – PCIe 4.0

Menurut Dr. Lisa Su, kad grafik ini akan tiba di pasaran terhad pada bulan Julai kelak, sama dengan pelancaran CPU AMD Ryzen 3000 dan kad grafik AMD Radeon 5700, dan akan dijual pada harga $499. Walaupun begitu, kad grafik ini hanya boleh dibeli di laman web AMD sahaja.

Sumber : Amanz