Samsung CRG5 Ialah Monitor Dengan Kadar Segar Semula 240Hz

Monitor komputer secara lazimnya menyokong kadar segar semula 60Hz. Ini adalah memadai bagi tujuan kerja dan menonton video. Tetapi bagi golongan peminat permainan video tegar, kadar segar semula yang lebih tinggi diperlukan bagi membuatkan permainan kelihatan lebih lancar. Untuk golongan ini monitor Samsung CRG5 telah dilancarkan dengan kadar segar semula 240Hz.

Monitor sebesar 27″ ini mempunyai rekaan melengkung 1500R dengan nisbah 16:9. Panel VA yang digunakan menyokong resolusi sehingga 1080P  dan keterangan maksimum 300 nits. Pengguna kad NVIDIA boleh menikmati sistem G-Sync. Input yang disokong ialah HDMI 2 dan display port 1.2. Ia akan mula dijual pada suku ketiga 2019 namun harga belum diumumkan.

Sumber : Amanz