Kejam, Tak Siapkan Kerja Sekolah Dan Dituduh Hilangkan Telefon, Ibu Rotan Anak Lima Jam Sampai Mati

Setelah mengetahui anak lelakinya menyelinap keluar bermain tanpa menyelesaikan kerja rumah terlebih dahulu dan menghilangkan telefon bimbit, seorang ibu di Jiangsu, China bertindak memukul anak lelaki berusia 9 tahun selama 5 jam tanpa henti.

Menurut media tempatan, ibu itu dijatuhi hukuman penjara 10 tahun pada Januari lalu setelah menyebabkan kematian diatas tindak-tanduk yang dilakukan.

Sebelum kejadian, anaknya sudah mengaku kepada ibunya bahawa dia kehilangan telefon semasa bermain. Mereka kemudian pergi keluar untuk mencari telefon namun tidak berjaya menemuinya.

Geram dengan anaknya, ibu tersebut menuduh anaknya itu berbohong.

Setelah pulang ke rumah, wanita itu sekali lagi mendapati anak lelakinya tidak melakukan kerja rumah, lalu amarahnya kembali memuncak lantas memukul anaknya lima kali menggunakan batang kayu dari jam 6 petang sehinggalah 11 malam.

Wanita itu juga menggunakan pita untuk mengikat anggota badan anaknya dan mengulangi dengan mengikat kaki dengan menggunakan jarum jahitan. Dalam tempoh ini, dia hanya memberikan beberapa teguk air kepada anaknya.

Keesokan harinya pada jam 5 pagi, si ibu mendapati anaknya tergelincir di atas lantai dan cuba untuk menyelamatkannya namun tidak berjaya. Anak lelaki itu dimaklumkan meninggal dunia oleh paramedik yang tiba di tempat kejadian.

Menurut laporan daripada bedah siasat, anak lelaki itu meninggal akibat kejutan pendarahan ditambah dengan penyumbatan pada arteri paru-paru.

Mahkamah memutuskan bahawa kecederaan yang dialami oleh anak lelakinya adalah perbuatan yang disengajakan, serta menjatuhkan hukuman penjara 10 tahun.

Sumber: Asia One

Sumber : SiakapKeli