Perlu Ke Dash-Cam? Polis Johor Dedah Fungsi Sebenar

Kebanyakan pemandu yang mempunyai kenderaan kini mengambil langkah lebih selamat untuk memasang dashcam (Dashboard camera). Langkah berjaga-jaga ini diambil adalah kerana terdapat pelbagai kes yang berlaku di atas jalan raya yang tidak diketahui punca asalnya. Akibat daripada itu, timbul pelbagai spekulasi dan menyukarkan mangsa untuk membuktikan dirinya tidak bersalah.

Oleh yang demikian, penggunaan dashcam di dalam kenderaan dianggap sangat penting bagi dijadikan bukti yang kukuh ketika terlibat dalam sesuatu kemalangan. Melalui hantaran di laman Facebook Polis Johor, penggunaan dashcam digalakkan bagi mengelak daripada ditipu oleh scammer.

Perlukah Dashcam?

Malam ni Admin nak sembang santai dengan korang mengenai keperluan korang memiliki serta memasang Dashcam (Dashboard Camera)pada kenderaan korang.

Secara amnya Dashcam akan bertindak untuk merakam segala perilaku dan kejadian di jalanraya. Ia boleh dijadikan salah satu bahan bukti bagi melihat :-
1. bagaimana sesuatu kemalangan atau kejadian itu terjadi.
2. atau pemandu di hadapan membawa kenderaan secara lalai dan dalam keadaan memabukkan.

Dashcam boleh merakam kejadian tersebut dengan mudah. Malah ia juga boleh digunakan untuk merakam nombor pendaftaran kenderaan yang melakukan sesuatu yang menyalahi undang-undang, seperti menjadi penyebab kemalangan.

Nak lagi ‘real’ ni admin share salah satu manfaat Dashcam ni. Rakaman cubaan Scam yang berlaku di negara jiran (sebelah JB jerr).

Jom pasang Dashcam, kat Shopee pun ada jual ‘murmur’ (iklan ini tidak berbayar, hehehe)

#PrihatinPDRMJohor
#Dashcam

Sumber :- Perkongsian rakan whatsapp admin

Menerusi perkongsian tersebut, orang ramai dinasihatkan untuk memasang dashcam bagi tujuan keselamatan sekiranya berlaku sebarang kejadian yang tidak diingini. Melalui penggunaan dashcam ini, pengguna akan lebih selamat dengan mengemukakan bukti yang lebih kukuh.

Sumber : SiakapKeli