“Ayah Minta Maaf Banyak Buat Salah Masa Awak Dalam Kandungan”, PU Abu Timang Putera Sulung

Bekas isteri pendakwah bebas PU Abu Sufyan selamat melahirkan putera sulung mereka pada hari ini. Berita ini disampaikan sendiri oleh Pu Abu menerusi akaun laman Instagramnya sebentar tadi.

Terdahulu tercetus satu isu dimana Pu Abu memutuskan untuk menceraikan isterinya dalam keadaan sarat hamil anak pertama mereka selepas memilih untuk bernikah dengan Hana Azra.

Melalui luahan di Instagramnya, dia meluahkan rasa syukur kerana bekas isterinya melahirkan putera sulung yang hebat.

Alhamdulillah pada tanggal 7/6 jam 12.55 telah lahir anak hebat dan putera sulung ini.Moga jadi anak yang soleh dan berbakti kepada Islam.Ayah mohon maaf sebab telah banyak buat salah pada awak disaat awak dalam kandungan.Jaga hati ummi elok2 sebab banyak pengorbanan ummi sepanjang awak ada dalam perut ummi.

@ainafini_ terima kasih kerana telah melahirkan anak hebat ini.Moga dia mewarisi kesabaran dan kekuatan awak sepanjang kandungkan dia.

Saya mohon doa netizen agar semuanya berjalan dengan baik dan segalanya dipermudahkan.

Dalam pada masa itu, menerusi ruangan komen rata-rata warga net mendoakan kesihatan Aina Afini selain memuji ketabahan yang dialalui oleh bekas isterinya.

Sumber : Pu Abu

Sumber : SiakapKeli