Opera Melancarkan Pelayar Web Khusus Untuk Permainan – Opera GX

Opera hari ini telah pun melancarkan pelayar web terbaru mereka yang memfokuskan khas untuk permainan, dinamakan sebagai Opera GX. Pelayar web ini hadir dengan sokongan teknologi web terkini, dan pada masa yang sama turut dilengkapi rekaan khusus, serta sejumlah ciri-ciri menarik bersama dengannya.

Melalui Opera GX, salah satu ciri utama yang disertakan adalah panel kawalan yang membolehkan anda mengawal penggunaan RAM dan CPU untuk pelayar web berkenaan. Dengan ini, ia sekaligus memastikan anda menikmati pengalaman permainan yang baik ketika memainkannya melalui pelayar web.

Opera GX

Selain itu, ia turut hadir dengan rekaan memfokuskan peminat permainan, selain akses pantas kepada Twitch, dan Discord untuk memudahkan penstriman dan sebagainya.

Ciri lain yang disertakan adalah termasuk GX Corner yang menyenaraikan pelbagai promosi permainan terbaru, selain memudahkan pengguna mengikuti perkembangan arena permainan video.

Opera GX

Buat masa ini, ia masih pada peringkat pembangunan awal, dan akan dilancarkan kepada umum pada tahun ini. Bagi anda yang berminat, boleh mencubanya hari ini.

Muat-Turun Opera GX untuk Windows

Sumber : Amanz