iMovie Untuk iOS Kini Menyokong Suntingan Skrin Hijau Untuk Hasilan Kesan Khas

iMovie untuk iOS kini telah menerima sokongan yang besar, seperti kehadiran 80 muzik latar baru dan penambahbaikan dari segi sokongan fail multimedia. Namun apa yang menjadi perhatian, ia turut membawa suntingan skrin hijau (green screen) dalam memudahkan penghasilan kesan khas.

Melalui fungsi skrin hijau, pengguna dapat membuang latar belakang hijau pada sesuatu subjek, dan kemudiannya diletakkan pada persekitaran yang berbeza. Apple telah membolehkan pengguna membuat masking pada fungsi ini dalam memudahkan anda memotong dan mengeluarkan subjek daripada layar skrin hijau.

Kemaskini ini juga dapat meletakkan gambar statik di atas video, selain membolehkan pengguna menggunakan gambar lutsinar untuk logo dan grafik tambahan. Ia juga kini dapat memudahkan pengguna kembali ke paparan suntingan, terutama selepas pengguna beralih daripada aplikasi lain ke iMovie semula.

Sokongan yang ditawarkan ini pastinya dapat menjadikan hasilan video anda menjadi lebih kreatif, lebih-lebih dengan memanfaatkan fungsi suntingan skrin hijau secara intensif. Aplikasi iMovie telah sedia ditawarkan secara peruma untuk iPhone dan iPad, yang mana ia turut boleh dikemaskini melalui halaman App Store.

Sumber : Amanz