NASA Buka ISS Kepada Pelancong Tahun 2020, Boleh Tengok 16 Matahari Naik Dan Jatuh Setiap 90 Minit

Berada di angkasa pastinya merupakan pengalaman yang paling menakjubkan. Bukan sahaja dapat melihat keindahan dari sudut angkasa, tetapi dapat menikmati sendiri suasana yang sangat asing bagi kebanyakan manusia.

NASA dalam satu kenyataan memberitahu pembukaan ini merupakan usaha pelancongan luar biasa dimana pelancong akan dibawa ke angkasa sekaligus memberi peluang komersial bagi beberapa pihak.

Johari Salim menerusi laman Facebook miliknya menceritakan lebih terperinci mengenai rancangan baru milik NASA ini.

MONEY, MONEY, MONEY

Awal tahun depan anda boleh melawat International Space Station (ISS).

ISS bukan baru. Ia telah berpusing bumi sejak 20/11/1998 (20 tahun 7 bulan).

Tambang pergi balik adalah USD 58 juta (RM240.58 juta) dan penginapan adalah USD 35,000 (RM 145,180) bagi satu malam.

International Space Station.

By the way ini berita baik. Harga USD 58 juta (RM240.58 juta) adalah Kos per flight pergi balik.

Dalam satu flight ada 4 orang. Ini maksima yang NASA benarkan walaupun ada 7 seat bagi setiap flight. Jadi 240.58/4=RM60.15 juta saja anda kena bayar. Apa macam OK Ke?

Bumi dari ISS. Ruang khusus dalam ISS untuk observation/research ini kita panggil CUPOLA. Ia juga merupakan docking area kerana tingkap diatasnya boleh dibuka macam anda keluar dari pesawat MAS di KLIA 1 masuk Ke platform.
Cupola ini bahasa Itali sebenarnya bermakna “dome” atau Kubah. Dari luar anda nampak macam kubah (Dome). Dia ada 6 tingkap berukuran 81 cm bucu kebucu macam anda kira saiz screen TV anda dan satu bulat diatas. Ia dibina oleh European Space Agency dan dihantar ke ISS pada 8/2/2010 dan di pasangkan di Tranquility Module (Node 3). Cermin tingkap adalah paling besar pernah di guna in space dan dibuat dari sebatian silica dan borosilicate. Ia adalah bulletproof.

Tapi bayaran penginapan USD 35,000 (RM 145,180) fix price bagi tiap seorang per night. Tiada discount ok? Sorry.

Sebulan sahaja penginapan sudah USD1,050,000 (RM 4,355,400) .

Mesir dan Sg Nil dari ISS. Gambar ini diambil oleh astronaut Scott Kelly yang telah berada di ISS selama setahun dari Mac 2015 hingga Mac 2016.

Ready dengan RM 65 juta sahaja untuk sebulan di ISS semua bereh…(tertakluk kepada perubahan).

CREW Dragon Capsule milik Space X boleh membawa 7 crew.

Daripada USD 35,000 (RM 145,180) per night ini pecahan bayaran adalah sperti berikut:

*USD 22,500 (RM 93,678.75) untuk “supplies”. Semua dibawa dari bumi bukan macam kita pergi pasar atau kedai tepi rumah.

*USD 11,250 (RM46,665) adalah untuk penggunaan air, oxygen dan tandas.

CST-100 Starliner milik Boeing boleh membawa 7 crew. Gambar ini adalah Artist concept kerana ia baru akan dilancarkan pertama kali tanpa crew pada bulan August 2019. Saya tidak tahu bila tarikh launch dengan crew but tidak mungkin sebelum Nov tahun ini. Walaubagaimanapun Saya akan cuba Starliner jika diberi peluang.

*USD 1500 (RM6245.25) adalah untuk Internet pada kadar USD50 (RM 207.40) per GB. Kalau ini tidak dipakai anda boleh roll over. 30GB sehari lebih dari cukup.

Anda boleh memilih ikut sama ada;

*Crew Dragon Capsule milik Space X

*atau CST-100 Starliner milik Boeing.

Saya akan ikut Boeing’s Starliner kerana semasa balik ia akan mendarat semula atas daratan bumi. SpaceX Dragon Capsule mendarat atas Air di Lautan Atlantic.

Artist concept shows Boeing’s Crew Space Transportation (CST)-100 Starliner atop a United Launch Alliance Atlas V N22 rocket at Cape Canaveral Air Force Station’s Space Launch Complex 41.

NASA tidak ambil tahu pasal booking. Contact SpaceX atau Boeing untuk penempahan.

Satu lagi versi milik Space X cuma untuk cargo di panggil Cargo Dragon Capsule.

Kedua dua Capsule human version Milik Space X atau Boeing ini masing masing boleh membawa 7 Crew. Tapi NASA akan masukkan 4 orang sahaja. 3 akan sentiasa kosong.

Space X’s Dragon Capsule atop of Falcon 9 rocket.

Roket Pelancar: Falcon 9 Block 5 milik Space X.

Tapi Boeing Starliner compatible juga dengan Rocket Vulcan, Atlas V dan Delta IV juga.

Buat masa ini Boeing akan guna roket Atlas V N22 dan Space X tentulah roket mereka sendiri Falcon 9 Block 5.

Ini adalah untuk Cargo. Anda tidak naik yang ini. Anda akan naik version untuk human rating macam gambar ke 4.
Ini dah beberapa kali hantar Cargo ke ISS. Nampak hitam adalah Heat apabila bergeser dengan molekul udara dan zarah lain semasa ia masuk semula Ke atmosphere bumi dalam perjalanan pulang kebumi. Don’t worry heat shield tidak akan buat ia terbakar macam meteor (tahi Bintang). Gambar ini masa Cargo Dragon Space X ini turun semula di lautan Pacific in July 2017.
Heat shield dibuat daripada phenolic impregnated carbon ablator (PICA) boleh tahan suhu 1,600 degree C.

Tempoh tinggal up to 30 days.

Now is a catchpoint—- rocket boleh sampai Ke ISS dalam masa tidak sampai 10 minit tetapi untuk dock dengan ISS memakan masa paling kurang 6 Jam.

Kenapa?

Anda kena “rendez-vous” dengan ISS. Anda kena biar ISS kejar anda bukan anda kejar dia. Apa saja yang bergerak pantas susah di kejar. ISS travel at 27,576 km/jam atau 7.66 km sesaat. Laju tu…

 Mana pilihan anda? Nanti saya akan buat perbandingan. Buat masa ini saya akan naik Boeing Starliner with Atlas Rocket. Hanya saya tahu sebabnya walaupun saya anti Boeing.

Anda kena guna teknik orbital maneuver yang dipanggil “Hohmann Transfer.” Anda kena baca bab “Orbital Mechanics”…Tapi buat masa ini teruskan baca cerita ini…

Untuk bertangkup dengan ISS kelajuan capsule anda mesti sama dengan ISS; 27,576 km/ jam.

Last but not least ini adalah gambar ISS yang paling klasik. Ia di ambil oleh Space Shuttle Atlantis ketika meninggalkannya pada 23/05/2010. Space Shuttle Atlantis di bersarakan pada bulan July 2011 setelah melakukan 33 misi dan terbang sejauh 202,673,974 km.

Anda pernah tengok lari berganti ganti (relay)? Lebih kurang macam tu.

ISS tidak boleh slow tunggu anda. Begitu juga speed anda juga kena begitu. Ini bukan Bas express Alor Star-KL. Orbital Velocity ini sudah tetap – ia mesti balance diantara graviti bumi dan ”escape velocity” bumi.

Formula (telah saya ringkaskan supaya anda senang kira dan tidak nampak terlalu mathematical);

KELAJUAN ISS= √[(G X Mass bumi)/(jejari bumi+jarak ISS dengan bumi)]

G (gravitational constant)= 6.67408 ×10^-11 N⋅m2/kg2.
Mass bumi=5.972 X 10^24 kg
Jejari bumi= 6.371 X 10^6 meter
Jarak ISS dengan bumi= 4.1X10^5 meter 
Speed ISS=27,576 km/jam atau 7.66 km/saat.

Terlalu laju anda akan terpelanting ke outer space dan terlalu slow pula anda akan jatuh kebumi.

Makkah dari ISS waktu malam. Gambar ini dan dibawah diambil oleh Cosmonaut Russia, Sergey Ryazansky.

Orbital Velocity juga tertakluk kepada gravity bumi cuma ia menjadikan anda jatuh mengelilingi bumi tetapi tidak akan jatuh kepermukaan bumi.

Orbital Velocity follows Newton’s First Law of Motion dimana saintis sudah kira awal awal di bumi, cuma spaceship atau apa saja probe kita bawa dengan roket pada ketinggian orbit tersebut mesti di lepaskan ikut kelajuan orbital yang telah kita kira dibumi. Lepaskan saja disana pada orbital Velocity maka;

* Apa saja sattelite yang di letakkan di Orbit ini akan terbang pada kelajuan yang sama. Ia tidak boleh berlumba lumba macam Mat Rempit lumba motosikal di bumi.

Makkah dari ISS waktu siang.

* Ia akan terbang pada kelajuan tersebut (berdasarkan kiraan Physics Newton’s First Law of Motion) untuk selamanya sehingga ia dihalang oleh sesuatu.

Di angkasa tiada sebarang geseran udara. Samalah macam bulan pusing bumi perinsipnya . Bulan mana ada pakai petrol begitu juga semua cakrawala.

Bulan is a perfect case (dinisbahkan dengan bumi) kerana dia bergerak di ruang yang tidak ada atmospheric drag sama sekali dibandingkan dengan ISS yang sebenarnya tidaklah didalam 100% “vacuum” atau kosong dan masih di pengaruhi oleh zarah udara walaupun sangat tipis, menariknya turun ~2 km setiap bulan di orbit bumi terendah (LEO) kerana ia terlalu laju.

Namun crew akan boost semula Ketinggian Ke orbitnya dengan menggunakan thruster supaya ketinggian sentiasa dalam purata 400 km.

Apa pun selamat melancung 419 km dari bumi dan mengelilinginya tiap 90 minit sekali. Average height sebenarnya 400 km due to atmospheric drag di Low earth Orbit (juga don’t worry bab ini— life is meant to be easy ). Kita sedang kira nak melancung Ke ISS bukan nak jadi rocket scientist.

Setiap hari anda boleh lihat 16 matahari naik dan 16 matahari jatuh dan nampak kampung setiap 90 minit jika kebetulan ikut laluannya. Saya bukan bergurau.

Kira congak;

24 jam=1,440 minit 
Jumlah orbit= 1,440/90=16 kali sehari.

Setakat 30/5/2019 ISS dah orbit bumi 116,178 kali sejak dilancarkan pada 20/11/1998.

By the way untuk Ke ISS tidak cukup hanya dengan anda kaya raya, anda mesti fit untuk dilatih sebagai seorang angkasawan (real) and pass medical test. Walaupun pelancung anda dikira sebagai bertaraf crew.

Siapa agaknya pelancung pertama? Sultan Brunei atau Bill Gates? Atau anda dan saya?

Sultan Brunei ada RM 90 billion, 600 buah Rolls Royce dan Istana Nurul Iman berharga RM1.5 billion.

Bill Gates ada RM 424.38 billion.

Anda dan saya? Kita tunggu hadiah cepumas.

Selamat melancung Ke angkasa lepas. You don’t have to be a rocket scientist.

Again I’m serious walaupun posting ini nampak banyak gurauan. Laughter is the best medicine.

Money, money, money
Must be funny
In the rich man’s world
Money, money, money
Always sunny
In the rich man’s world
Aha aha
All the things I could do
If I had a little money
It’s a rich man’s world
It’s a rich man’s world.

Let’s sing ABBA for now. Don’t worry be happy .

https://youtu.be/uP0sC_s5EfE

Good luck.

Sumber : SiakapKeli