Huawei MediaPad M6 Dijangka Akan Diumumkan Bersama-Sama Pelancaran Huawei Nova 5

Huawei sudah lebih setahun tidak melancarkan model pengganti kepada Huawei MediaPad M5 selepas ia dilancarkan di acara MWC 2018. Namun terdapat info terkini mengatakan bahawa Huawei MediaPad M6 akan dilancarkan bersama-sama Nova 5 pada 21 Jun ini.

Perkara ini dilaporkan oleh salah seorang penyumbang Slashleaks, yang mana berkongsi gambar sebuah peranti tablet melalui Twitter. Gambar ini menunjukkan teks “M6” di bawahnya, yang mana dipercayai adalah model pengganti kepada MediaPad M5.

Daripada gambar ini juga, MediaPad M6 bakal hadir dengan rekaan bingkai yang lebih nipis, seperti mana yang dilihat pada Galaxy Tab S5e. Ia juga dijangka akan hadir dengan sambungan USB-C, selain bakal menyertakan semula sambungan bicu audio 3.5mm.

Huawei MediaPad M6 turut dikatakan akan dijana dengan cip Kirin 970, disamping bakal menjalankan EMUI 9 berasaskan Android 9.0 Pie. Maklumat lanjut seperti harga jualan masih tidak diumumkan, namun dijangka akan diketahui selepas 21 Jun ini.

Sumber : Amanz