Moto G7 Power Dengan Bateri 5000mAh Kini Di Malaysia – Berharga RM699

Motorola boleh dikatakan agak senyap sejak setahun dua kebelakangan ini di Malaysia. Tetapi, kini nampaknya mereka telah mula membawa masuk satu demi satu peranti untuk pasaran tempatan. Terbaru, mereka dilihat telah pun membawa masuk Moto G7 Power untuk pasaran tempatan.

Moto G7 Power memfokuskan kepada penawaran masa penggunaan bateri yang lama. Ia dilengkapi skrin bersaiz 6.2-inci pada resolusi HD+, selain dilengkapi bateri berkapasiti 5000mAh yang dikatakan mampu bertahan sehingga 3 hari lamanya.

Moto G7 Power

Menjananya adalah cip pemprosesan Snapdragon 632, memori 4GB RAM, dan storan 64GB. Untuk rakaman gambar, ia turut hadir dengan kamera 12MP dibelakang, dan kamera swafoto 8-megapixel.

Bagi anda yang berminat, boleh mendapatkan telefon pintar terbaru Motorola ini melalui Lazada hari ini pada harga RM699.

Sumber : Amanz