Xiaomi, Oppo Dan Vivo Dilaporkan Telah Menguji HongMeng OS

Kita sudah tahu yang Huawei bakal hadir dengan sistem operasi tersendiri HongMeng OS atau Ark OS. Mereka sudah pun mendaftar tanda dagang sebelum ini. Sistem operasi ini dibangunkan atas kerana sekatan Huawei dan Amerika Syarikat, yang menyebabkan Google terpaksa berhenti membuat urusan dengan Huawei.

Laporan terkini agak mengejutkan. Kerana menurut sumber HongMeng OS dilaporkan telah diuji oleh Tencent, Oppo, Vivo dan juga Xiaomi dan menurut laporan sistem operasi ini adalah 60% lebih pantas berbanding Android. Menurut penganalisa, Huawei P40 kelak besar kemungkinan turut akan menjalankan sistem operasi ini. Lebih mengejutkan, sebenarnya Huawei telah pun menghantar 1 Juta telefon pintar yang menjalankan sistem operasi ini. Cuma tidak pasti jika telefon pintar ini adalah untuk dijual atau ujian.

Jika pengeluar lain gembira dengan HongMeng OS, besar kemungkinan kita mungkin akan lihat MIUI/ColorOS/Funtouch OS berasaskan HongMeng akan dibangunkan. Sama-sama kita nantikan.

Sumber : Amanz