Setel Kini Menawarkan Rebat Tunai Apabila Mengajak Rakan Anda Menggunakannya

Baru-baru ini, aplikasi Setel dibawah sokongan Petronas Dagangan Berhad (PDB) telah memperlihatkan ciri terbaharu mereka iaitu Refer A Friend. Pengenalan ciri ini secara terus dapat menggalakan pengguna untuk melakukan pembayaran secara nirtunai di stesen minyak dengan lebih mudah, cepat dan jimat.

Ciri ini hadir bersama faedah yang menarik kepada pengguna seperti memperolehi mata ganjaran bagi setiap pembelian minyak petrol melalui aplikasi serta kad Mesra. Apa yang lebih menarik ia dapat dikongsikan bersama dengan rakan aplikasi anda melalui pemberian kod rujukan.

Untuk makluman anda, setiap penggunaan kod rujukan rakan aplikasi ini akan membolehkan anda untuk memperolehi RM5, RM6  dan RM7 bagi setiap penggunaan. Ia tertakluk pada penggunaan rujukan pertama, kedua, ketiga dan seterusnya.  Pengguna yang merujuk kod juga akan memperolehi RM5 untuk setiap kemasukan kod pada aplikasi.

Pada saat ini, aplikasi ini hanya boleh didapati pada 273 buah stesen minyak Petronas sahaja. Iskandar Ezzahuddin – Ketua Pegawai Eksekutif Setel turut berkongsikan maklumat pada perbincangan meja bulat kami, bahawa penggunaan aplikasi ini dijangka dapat diperluaskan pada seluruh bandar utama setiap negeri bermula akhir bulan Ogos tahun ini.

Malah, tidak lama lagi Setel akan hadir bersama ciri penebusan bagi setiap pemberian mata ganjaran yang dimiliki oleh pengguna. Buat masa ini, mereka masih memfokuskan kepada pengalaman pengguna pada bahagian pembayaran bagi pengisian minyak petrol secara digital.

Untuk mengetahui kaedah penggunaan aplikasi ini, anda boleh merujuk pada artikel terdahulu kami mengenai perkhidmatan Setel. Bagi anda yang berminat, boleh memuat-turun aplikasi ini pada Google Play dan App Store dan memanfaatnya ketika mengisi minyak kereta anda.

Muat-turun: Setel untuk Android

Muat-turun: Setel untuk iOS

Sumber : Amanz