Terkini: SPRM Respon Laporan Datuk Lokman Adam Berhubung Isu ‘Ranjang’ Dan Pinda Dana Menteri

Baru-baru ini tular sebuah rakaman video lucah yang dikatakan mirip seorang menteri di negara ini. Video yang didakwa dirakam di sebuah hotel itu menimbulkan kontroversi dan persoalan orang ramai yang terkejut dengan adegan ranjang itu.

Keadaan bertambah panas apabila hari ini, individu yang bersama menteri tersebut tampil membuat pengakuan terbuka bahawa adegan mereka bersama di dalam video tersebut adalah benar. Indivdu tersebut juga meminta siasatan dilakukan terhadap menteri berkenaan berhubung isu rasuah atau korupsi.

Susulan itu, Datuk Lokman Adam, Sekretariat Suara Rakyat semalam membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung dokumen pemindahan dana berjumlah AS$741,440 yang dipercayai ke akaun penama seorang Menteri Kabinet.

Lokman juga membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Putrajaya mengenai penyebaran rakaman video lucah yang mirip seorang ahli politik tempatan.

Sehubungan itu, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam satu kenyataannya sebentar tadi berkata akan menyiasat semua laporan yang dibuat secara profesional dan tidak berpihak pada sesiapa.

Sumber : Twitter SPRM Malaysia

Sumber : SiakapKeli