Xiaomi Mi 9T Dilancarkan Secara Rasmi – Variasi Redmi K20 Untuk Pasaran Global

Xiaomi hari ini telah pun melancarkan telefon pintar Xiaomi Mi 9T secara rasminya untuk pasaran Eropah, sekaligus memperlihatkan apakah yang dibawakan oleh peranti berkenaan. Secara keseluruhan, ia membawakan penawaran sama seperti Redmi K20, tetapi dengan perbezaan pada penjenamaan belakang yang menggunakan logo Mi.

Xiaomi Mi 9T

Xiaomi Mi 9T hadir dengan skrin 6.39-inci AMOLED, dijana cip Snapdragon 730, memori sehingga 8GB RAM, dan storan sehingga 256GB.

Xiaomi menggunakan rekaan skrin menyeluruh pada Mi 9T ini, dimana ia menyembunyikan penggunaan takuk melalui penyertaan kamera swafoto pop-naik.

Xiaomi Mi 9T

Xiaomi Mi 9T hadir dengan kamera belakang gabungan 48MP + 13MP ultra-lebar + 8MP telefoto. Untuk rakaman swafoto pula, ia hadir dengan kamera 20-megapixel. Melengkapkan ia juga adalah bateri 4000mAh.

Xiaomi akan melancarkan telefon pintar ini secara rasminya untuk pasaran tempatan pada 20 Jun kelak, dimana kita akan mengetahui lanjut mengenai harga jualannya di Malaysia.

Sumber : Amanz