Suspek jerut, gantung kucing telah ditangkap

Suspek yang menjerut dan mengantung seekor kucing sehingga mati kelmarin telah berjaya dikesan dan ditahan oleh pihak polis. 
Timbalan Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintendan Muhammad Najib Hamzah berkata, suspek berusia 28 tahun itu ditahan di Jalan Vistawira, Seksyen 2 wangsa Maju, pada jam 1.10 tengah hari Rabu. 
Semakan polis mendapati, suspek mempunyai dua rekod jenayah lampau yang membabitkan kes dadah.
Kes disiasat mengikut Seksyen 428 Kanun Keseksaan kerana melakukan perbuatan khianat. 
Sumber: Harian Metro
LAPORAN BERKAITAN

Sumber : TheReporter