(Video) Pentingnya Makmum Yang Berilmu, Makmum Ganti Imam Yang Tak Sihat Ketika Solat Jemaah

Sebagai manusia biasa, bila-bila masa saja boleh melakukan kesilapan. Walau apa pun pangkat dan status kita didunia ini, sebagai manusia tetap tidak sempurna. Kesilapan ini dianggap sebagai satu gerbang pengajaran.

Apa yang kita nampak, daripada kegagalan juga ianya sebagai satu pengajaran yang patut dicontohi. Tular satu video dari sebuah masjid di Tanah Arab di mana kejadian seorang imam yang bertindak untuk mengundur ke arah belakang dan digantikan oleh seorang jemaah di belakangnya kerana beliau dikatakan tidak dapat meneruskan bacaan kerana masalah kesihatan.

Menerusi video ini, kita dapat dengar suara Imam ini agak tersekat-sekat untuk meneruskan bacaannya kecuali surah Al-fatihah yang mampu diselesaikan dengan sempurna.

Sumber: Tribunnews

Sumber : SiakapKeli