Facebook Watch Kini Mempunyai Lebih 750 Juta Pengguna Aktif Bulanan

Pada Ogos tahun lalu, Facebook Watch dilancarkan secara global sebagai hab untuk menonton kandungan video di laman media sosial nombor satu dunia. Pagi ini pihak mereka mengumumkan Facebook Watch kini mempunyai 750 juta pengguna aktif bulanan yang menghabiskan sekurang-kurangnya 1 minit menonton video.

Dari angkasa ini 140 juta menggunakan Facebook Watch setiap hari dengan purata menonton selama 26 minit. Bagi meningkatkan lagi tontonan pada platform ini, Facebook Watch akan memperkenalkan lebih banyak kandungan asli baharu seperti Human Discoveries. Siri animasi ini menggunakan suara Anna Kendrick dan Zac Efron. Ini membolehkannya bersaing dengan YouTube yang mempunyai 2 bilion pengguna aktif bulanan.

Sumber : Amanz