Google Memindahkan Pengilangan Produk Nest Mereka Ke Malaysia

Perang perdagangan di antara China dan Amerika Syarikat mengakibatkan produk yang dihasilkan di China dikenakan tarif sehingga 25%.  Kini mengikut laporan Bloomberg, Google telah memindahkan pengilangan termostat pintar Nest mereka ke Malaysia dan Taiwan.

Dengan pemindahan ini, Google dapat mengelak dari membayar kadar tarif tinggi yang dikenakan ke atas produk China yang diimport masuk ke Amerika Syarikat. Selain itu Google juga dilaporkan memindahkan pengilangan papan induk mereka ke Taiwan. Papan-papan induk ini digunakan oleh Google pada pelayan data untuk perkhidmatan seperti Seach, Map dan awanan mereka.

Selain Google, Foxconn juga bersedia untuk memindahkan proses pengilangan produk Apple keluar dari China sekiranya diperlukan. Mereka mempunyai kilang di India yang bersedia untuk mengambil alih proses pengilangan peranti untuk pasaran A.S jika diperlukan.

Sumber : Amanz