Facebook Watch Semakin Popular – Kini Menerima Lebih 140 Juta Penonton Setiap Hari

Pada hari kedua perkongsian bersama media yang diadakan oleh Facebook, mereka telah berkongsi beberapa tips dan proses disebalik fungsi-fungsi yang wujud pada Facebook. Salah satu kemaskini yang dikongsikan mereka adalah Facebook Watch.

Facebook Watch yang dilancarkan tahun lalu hadir dengan sedikit kelainan berbanding YouTube, dimana pengguna boleh melakukan banyak perkara sewaktu menonton video. Ini termasuklah menghantarkan reaksi secara langsung, atau meletakkan pilihan undian serta menonton secara beramai-ramai (Watch Party) bersama rakan lain.

 

Pada tahun ini, kurang dari setahun semenjak Facebook Watch dilancarkan, mereka berkongsi yang mana kini terdapat lebih dari 140 Juta penonton yang menonton video pada Watch sekurang-kurangnya seminit setiap hari. Dan secara purata penonton yang menonton video setiap hari ini adalah dalam tempoh masa melebihi 26 minit.

Ini juga menjadikan jumlah tontonan bulanan adalah sebanyak lebih dari 720 juta yang terdapat pada platform ini. Justeru potensi video pada Facebook menerusi fungsi Facebook Watch tidak harus dipandang enteng oleh pengguna.

Mereka turut berkongsi yang mana kini adalah lebih mudah untuk mengetahui Group yang terlibat dengan video yan sedang ditonton, membolehkan pengguna mendapatkan maklumat dengan lebih pantas, atau menyertai kumpulan tersebut untuk berkomnikasi.

Tambah mereka lagi, kini fungsi-fungsi video yang dimuat-naik turut membolehkan perletakkan iklan sekaligus dapat membantu pencipta kandungan menjana kewangan. Malah kini lebih banyak halaman di Facebook memperoleh pendapatan melebihi 1,000 USD setiap bulan dan menunjukkan peningkatan 8X ganda berbanding sewaktu mereka baru bermula.

Untuk masa hadapan, Facebook akan lebih aktif lagi dalam mencari rakan kerjasama dan juga menerbitkan video buatan sendiri menerusi labelnya Facebook Watch Original. Penerbit kandungan ataupun mereka yang bergiat aktif dalam seni video, ini mungkin salah satu cara untuk menjana keuntungan berpanjangan.

Tonton: Facebook Watch

Sumber : Amanz