Mufti Wilayah Tunai Solat Jenazah Ketika Melawat Kubur Arwah Adik Afdlin Shauki Dan Arwah Dato’ A. Rahman Hassan

Setiap hidupan di muka bumi ini pastinya akan merasai mati. Hanya masa sahaja menjadi penentu dan perbezaan antara yang hidup dan yang telah pergi.

Sesiapa sahaja tidak terkecuali daripada merasai kematian, tidak kiralah pangkat apa pun yang kita ada, darjat, mahupun harta yang banyak, ianya tidak akan menghalang takdir yang telah tertulis oleh Illahi.

Baru-baru ini, pemergian adik kepada pengarah dan pelakon terkenal iaitu Dato’ Afdlin Shauki serta pemergian seniman tanah air Dato’ A. Rahman Hassan telah menyentuh hati rakyat Malaysia.

Banyak mesej-mesej ucapan takziah telah dizahirkan oleh netizen-netizen di sosial media berkenaan dengan pemergian kedua-dua insan tersebut. Selepas informasi tentang pemergian tersebut dizahirkan oleh ahli keluarga mereka sendiri, berita tersebut telah menjadi tular di media sosial.

Bukan itu sahaja, hari ini, Mufti Wilayah Persekutuan iaitu Dato’ Seri Dr. Haji Zulkifli Mohamad Al-Bakri turut menzahirkan kesedihannya serta tidak melepaskan peluang untuk berziarah serta menunaikan solat jenazah di kubur insan yang terpilih ini.

View this post on Instagram

Singgah ke Tanah Perkuburan Raudhatul Sakinah bagi menunaikan solat jenazah buat almarhum Jefri Adzman Aksan, adik kepada Dato’ @afdlinshaukiofficial. ⁣ ⁣ Kebetulan di sana juga terdapat jenazah seorang mualaf, almarhum Muhammad Daniel bin Abdullah yang baru tiba. Maka, kami turut mengambil peluang menunaikan solat jenazah untuknya. ⁣ ⁣ Semoga roh mereka dicucuri rahmat-Nya dan ditempatkan bersama orang yang soleh. ⁣ ⁣ اللهم اغفر لهم وارحمهم, وعافهم واعف عنهم, وأكرم نزلهم ووسع مدخلهم, واغسلهم بالماء والثلج والبرد, ونقهم من الخطايا كما ينقى الثوب الأبيض من الدنس, وأبدلهم داراً خيراً من دارهم, وأهلاً خيراً من أهلهم, وازواجَا خيراً من ازواجهم, وأدخلهم الجنة وأعذهم من عذاب القبر ومن عذاب النار

A post shared by Mufti Wilayah Persekutuan (@drzulkifli.albakri) on

Beliau memulakan ziarahnya dengan mengunjung ke Tanah Perkuburan Raudhatul Sakinah dimana almarhum Jefri Adzman Aksan iaitu adik kepada Dato’ Afdlin Shauki disemadikan dengan menunaikan solat jenazah di kuburnya.

Selesainya solat jenazah di kubur almarhum Jefri Adzman Aksan, beliau turut mengambil kesempatan menunaikan solat jenazah untuk jenazah seorang mualaf, almarhum Muhammad Daniel Bin Abdullah yang baru sahaja tiba di tanah perkuburan tersebut.

Setelah selesai urusan disitu, beliau meneruskan perjalanan ke Tanah Perkuburan Taman Keramat dimana jasad almarhum Dato’ A. Rahman Hassan disemadikan untuk menunaikan solat jenazah.

Beliau turut menzahirkan pengalaman terakhirnya bertemu bersama almarhum ketika almarhum hadir ke program A Night With Mufti yang diadakan dua tahun lepas.

Inna lillahi wa inna ilayhi raji’un, marilah kita sama-sama sedekahkan al-fatihah kepada kesemua mereka yang telah pergi untuk menghadap Illahi. Semoga roh mereka dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang yang soleh.

Sumber: IG Dato’ Seri Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri

Sumber : SiakapKeli