Betul Ke ‘Bubble Tea’ Tak Boleh Dicernakan Dan Jadi Punca Sembelit? Ini Penjelasan Pakar

Tular satu berita daripada negara luar mengenai masalah kesihatan yang dialami oleh seorang remaja yang berusia 14 tahun dari negara Tembok Besar China yang mendakwa masalahnya berpunca daripada ‘bubble tea’ yang tidak dapat dicerna.

Remaja tersebut mengalami sakit perut yang teruk dan tidak dapat membuang air besar setelah beberapa hari minum air yang mengandungi ‘bubble tea’. Umum mengetahui, makanan ini adalah jeli yang berbentuk bulat diperbuat daripada tepung dan gula yang dimasukkan ke dalam minuman yang sejuk terutamannya minuman ice blended dan smoothies. 

Doktor yang merawatnya percaya penyakitnya datang kerana dia minum terlalu banyak ‘bubble tea’ dalam jangkaan beratus jeli mutiara yang menyebabkan ia menyekat setiap saluran pencernaan.

Kebanyakkan masyarakat muda sekarang sangat berminat untuk menikmati minuman hidangan ini kerana kelazatannya teksturnya yang lembut dan mudah ditelan.  Apa yang berlaku oleh remaja ini sangat pelik dan luar biasa.

Apa yang menjadi isu sekarang adalah gmabar yang diviralkan oleh sosial media kelihatan seperti buble tea tersebut masih berada pada usus pesakit.

Betul ke perkara ini benar?

Menurut Dr Latif Saad, sebenarnya perkara ini adalah sesuatu yang mustahil. Ini kerana sebelum masuk ke dalam usus, jeli kristal ini akan dihancurkan dan dicernakan terlebih dahulu dalam perut.

Apa yang ditunjukkan dalam imej x-ray ini adalah ketulan “Feacal Loaded” atau nama penuhnya tahi dan bukan bubble tea yang didakwa oleh remaja tersebut. Ianya adalah ketulan tahi untuk pesakit yang mengali sembelit berhari-hari.

 Adakah sembelit ini disebabkan pengambilan buble tea yang banyak?

Jawapannya tidak. Semua orang tahu, bubble tea diperbuat daripada tepung ubi kayu dan air rendaman gula. Kajian mendapati, tepung ini boleh membantu dalam pencernaan dan bertindak melembutkan najis.

Apa-apapun janganlah mengambil begitu banyak dan berlebihan. Sederhanalah supaya tidak mendapat apa-apa penyakit yang tidak diingini.

Sumber: Dr Latif Saad, Today Online

Sumber : SiakapKeli