(Video) Ibu meraung, anak parah dihempap tingkap terjatuh dari tingkat 20

Seorang kanak-kanak lelaki berusia 6 tahun parah selepas dihempap tingkap yang terjatuh dari tingkat 20. 
Dalam kejadian yang berlaku pada jam 9 pagi di Futian, Shenzhen, China, mangsa terdahulu berjalan di kawasan itu dengan ibunya.
Tiba di tempat kejadian, kepala mangsa dihempap tingkap yang terjatuh dari tingkat 20 bangunan kediaman membuatkan ibu dan orang ramai yang sekitar tempat itu terkejut.
Kejadian itu turut dirakam kamera litar tertutup (CCTV) dari sebuah premis.
Akibat hentakan kuat itu, mangsa terjatuh tidak sedarkan diri dan kepalanya mengalami pendarahan. Ibu mangsa menjerit meminta bantuan sambil memangku anaknya, sebelum pengsan.
Mangsa dihantar ke Hospital Perubatan Cina untuk mendapatkan rawatan kecemasan. Dua jam selepas kejadian itu, mangsa dilaporkan kritikal dan menggunakan mesin bantuan pernafasan. 
Keluarga mangsa dan beberapa penduduk dari bangunan kediaman itu turut berada di hospital untuk menemani keluarga mangsa. 
Polis kini sedang menjalankan siasatan bagi mengenal pasti punca tingkap itu terjatuh dari tingkat 20. 
Difahamkan, tingkap itu terjatuh ketika pemilik rumah cuba membuka tingkap tersebut. Pihak pengurusan bangunan pula mengatakan kebanyakan tingkap di bangunan itu sudah usang.
Sumber: Sohu

Sumber : TheReporter