Kalau Anak Lemah Dalam Pembelajaran, Jangan Marah Tapi Sokong Mereka, Ini Caranya

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Sebagai ibu bapa memainkan peranan penting untuk mencorakkan masa depan seseorang. Percaya atau tidak, dengan bantuan dan doa daripada ibu bapa, anak-anak mampu mencipta kejayaan yang cemerlang dalam pelajaran. Ibu bapa mempunyai tanggungjawab yang amat besar terhadap anak-anak.

Sekiranya, ibu bapa sering mengabaikan anak-anak, pasti berasa dirinya terabai dan mereka akan melibatkan diri dalam kegiatan gejala sosial yang tidak baik. Salah pendekatan kita maka anak yang menerima akibatnya kelak hingga tanpa disedari menjejaskan prestasi peperiksaannya.

Artikel kali ini dikongsikan daripada seorang guru, Fadli Salleh yang berkongsi statusnya di Facebooknya mengenai sokongan ibu bapa boleh membantu anak yang lemah dalam pelajaran terutamanya dalam mata pelajaran Matematik.

1.  Download soalan peperiksaan pertengahan tahun/akhir tahun dan minta anak buat seperti tempoh peperiksaan. Google je, belambak soalan boleh dimuat turun dan cetaklah.

Boleh juga guna set soalan dalam buku latihan yang dibeli. Jangan benarkan anak meniru, tengok sifir dan bertanya dalam tempoh ini. Jangan bagi adik-adik dia kacau. Buat bagai peperiksaan yang sebenar. Wajib ikut masa sebenar. Satu jam untuk 40 soalan.

2. Jika anak tak sempat siapkan dalam masa sebenar, kenal pasti kenapa dan apa punca.

Biasanya ia berpunca pada masalah berikut :

  • Tidak hafal sifir. Sifir adalah jantung Matematik.
  • Tidak hafal rumus dan formula.
  • Mereka terperangkap dengan soalan KBAT dan ‘tricky’. Soalan yang sengaja dibina untuk menghabiskan masa murid.

Sebaik kenal pasti punca, terus rawat! Paksa hafal sifir, paksa hafal rumus dan formula, paksa hafal jadual perkaitan, fakta asas dan sebagainya. Jika disebabkan terperangkap dengan soalan ‘tricky’ atau KBAT, minta mereka abaikan soalan tersebut dan move on ke soalan seterusnya.

3. Rujuk skema jawapan dan tanda kertas anak bersama dia.

Tanda bersama anak ini penting supaya mereka sedar kat mana mereka cuai dan silap. Senang kita nak cubit ke apa. Kira markah dan tulis besar-besar macam cikgu selalu tulis. Buku latihan biasanya disediakan skema jawapan dibahagian tengah atau belakang.

4. Kesan topik apa yang anak buat silap dalam kertas soalan tersebut. Contohnya jika dia salah dalam topik Peratus, Isipadu Cecair, Perpuluhan, Pecahan, Luas, Ukuran Panjang dan Jisim; listkan semua sekali.

Mula latih mereka secara topikal. Mula dulu dengan Peratus. Bagi penerangan cara kira yang betul mengikut kefahaman kita. Bagi soalan Bahagi je banyak-banyak. Bagi sampai 50-100 soalan pun tak apa. Biar dia buat sampai dia faham betul-betul.

Ini dinamakan teknik masteri. Murid belajar satu-satu topik sampai dia betul-betul kuasai baru bergerak ke topik seterusnya. Tak semestinya dalam satu hari kita buat semua ini, mungkin makan masa 2-7 hari baru mereka kuasai. Atau lebih. Jangan risau bab masa. Lambat ke cepat dia boleh kuasai tu nombor dua. Yang penting latih tubi topik sama.

Buku latihan berbentuk topikal berlambak di pasaran. Beli sahaja. Bila dah kuasai, baru bergerak topik seterusnya yang mereka salah dalam peperiksaan. Latih tubi lagi sama macam topik Peratus tadi. Begitulah ulang dan ulang sehingga mereka kuasai semua topik yang mereka lemah tadi.

5. Beri semula soalan peperiksaan pertengahan tahun atau set soalan akhir tahun yang merangkumi semua topik. Bagi anak jawab, InsyaAllah ada peningkatan yang mendadak.

Berilah anak keyakinan dan berikan nasihat dengan penuh kasih sayang. Tunjukkan keprihatinan dan sentiasalah memberi komitmen untuk membantu mereka.

Sumber : Mohd Fadli Salleh

Sumber : SiakapKeli