Instagram Mengalami Masalah Untuk Diakses

Laman perkongsian gambar Instagram mengalami satu lagi gangguan  pagi ini. Tiada gambar baharu boleh dimuat naik dan susur masa tidak memaparkan gambar dari akaun yang diikuti. Berdasarkan rungutan dari pengguna di laman media sosial lain. masalah ini nampaknya berlaku kepada pengguna di Asia, Eropah dan Amerika Utara.

Ini merupakan gangguan besar-besaran ketiga yang dilaporkan pada tahun 2019. Kekerapan ianya berlaku pasti mendatangkan kerisauan kepada mereka yang menggunakan platform ini sebagai punca rezeki. Pihak Instagram masih belum mengeluarkan kenyataan mengapa gangguan berlaku pada pagi ini.

Sumber : Amanz