Tembak Mati Lebih 50 Orang Jemaah, Suspek Serangan Tragedi Christchurh Mengaku Tak Bersalah

Brenton Tarrant, seorang warganegara Australia adalah merupakan individu yang menjadi suspek dalam serangan berdarah ke atas dua buah masjid di Christchurch, New Zealand pada 15 Mac yang lalu. Serangan itu juga disiarkan secara langsung di akaun Facebook miliknya.

Dalam kejadian itu, lebih 50 jemaah yang ingin menunaikan solat Jumaat telah terkorban manakala sekitar 40 orang mangsa lagi mengalami kecedaraan.

Mangsa yang terlibat dalam serangan itu berasal dari beberapa buah negara di seluruh dunia termasuklah Pakistan, Bangladesh, Indonesia dan Malaysia.

Sehubungan dengan kejadian itu, Tarrant telah berjaya ditahan pihak polis pada hari yang sama selepas serangan dan telah dihadapkan ke mahkamah baru-baru ini.

Bagaimanapun, beliau telah membuat pengakuan tidak bersalah ke atas semua 51 tuduhan membunuh serta 40 tuduhan cubaan membunuh dan satu tuduhan di bawah Akta Keganasan yang dikenakan terhadapnya.

Oleh sebab itu, beliau akan menjalani proses perbicaraan bermula pada 4 Mei tahun hadapan. Ujian kesihatan mental telah dijalankan terhadapnya sebelum ini telah mendapati Tarrant tidak mempunyai sebarang masalah dan boleh mengikuti proses perbicaraan itu.

Menurut undang-undang New Zealand, jika disabitkan bersalah, Tarrant berhadapan hukuman mati bagi setiap tuduhan membunuh dan penjara 10 tahun bagi setiap tuduhan cubaan membunuh.

Dalam pada itu, Tarrant akan menjalani proses pendengaran kes pada 16 Ogos ini dan sementara itu, beliau akan berada dalam tahanan pihak polis.

Sumber: BBC

Sumber : SiakapKeli