Petronas Hadir Dengan ROVR – Memperluaskan Penawaran Minyak Secara Mudah-Alih Ke Kawasan Utama Tanpa Stesen Minyak

Petronas kini hadir dengan kaedah penawaran minyak secara mudah-alih ke sejumlah kawasan-kawasan utama yang tidak mempunyai stesen minyak mereka, dinamakan sebagai ROVR.

Petronas ROVR

Melaluinya, Petronas menggunakan sebuah lori ROVR yang diubah-suai, dan beroperasi sebagai stesen minyak mudah-alih. Ia sekaligus memudahkan pengguna terus mendapatkan minyak Petronas tanpa perlu memandu jauh ke stesen minyak mereka.

ROVR ini boleh membawa kandungan berjumlah 4000 liter minyak, atau gabungan tiga lori dengan penawaran sehingga 11000 liter yang lebih ditujukan kepada pengguna perusahaan.

Petronas ROVR

Buat masa ini, Petronas menyasarkan penawaran ini disejumlah lokasi-lokasi dengan tumpuan trafik ramai. Selain daripada itu, Petronas juga turut menyediakan penyelesaian ROVR ini untuk syarikat-syarikat yang mempunyai sejumlah kenderaan yang banyak – sekaligus menjimatkan lagi masa mereka dalam pengurusan pengisian minyak.

Petronas dijangka akan memperluaskan penawaran ROVR ini dilebih banyak kawasan menjelang penghujung tahun 2019 ini.

Layari : Petronas ROVR

Sumber : Amanz