Redmi Dilaporkan Sedang Membangunkan Peranti Dengan Kamera 64MP

Samsung pada sebelum ini telah memperkenalkan sensor 64MP ISOCELL Bright GW1 pada Mei yang lalu. Sensor ini dilaporkan akan hadir pada Galaxy A70S dan terkini, ia juga dijangka akan disertakan pada sebuah telefon Redmi.

Mengikut laporan yang tertiris, Samsung dijangka akan memperkenalkan sensor ini pada dua pelancaran berbeza, iaitu pelancaran Galaxy A untuk antarabangsa dan pelancaran telefon Redmi untuk China. Namun ia tidak diketahui peranti manakah yang akan menjadi telefon pertama yang akan menyertakan sensor 64MP ini. Mengikut laporan lain, Samsung Galaxy A70S akan menjadi peranti pertama yang akan membawa sensor ini secara terbina.

Sensor ini mempunyai teknologi Samsung Tetracell yang membolehkan ia mengambil gambar 16MP untuk menerangi gambar gambar malam. Ia juga dijangka menyokong penggambaran HDR 100db secara masa-nyata, selain menyertakan teknologi Super PD PDAF untuk pemfokusan yang lebih tepat dan pantas.

Sensor ini telah memasuki fasa penghasilan bermula suku kedua 2019, dan mungkin anda dapat melihat peranti yang menggunakannya dalam masa beberapa bulan lagi. Namun apa yang pasti, kehadiran sensor 64MP ini dapat meningkatkan mutu fotografi mudah-alih agar kelihatan terang dan jitu dalam apa jua situasi.

Sumber : Amanz